Wednesday, March 14, 2012

IJAL & INTAN - 2 tiers stack ganache wedding cake


pertama kali sebenarnya aku mengambil tempahan
kek perkahwinan berasaskan coklat ganache.
beberapa hari sebelum tiba hari majlis...
tetiap malam asyik bermimpikan kek coklat ganache
sebab takut ada kejadian2 yang tak diingini.
sebagaimana yang kita tau...coklat memang sensitif dengan cuaca panas.
tapi alhamdulillah...akhirnya...kek selamat dipotong oleh pengantin
dan tiada kejadian2 yang tak di ingini berlaku.
cuaca pun masa tu alhamdulillah...hujan dan sejuk.
hati terubat bila pelanggan berpuas hati dan 
memuji kesedapan kek tersebut.
yelah mungkin sebab coklat kan...
kalau dah nama coklat...mana ada coklat yang tak sedap.ehehe.
pape pun terima kasih yang tak terhingga pada kawan sekolahku 'neny'
yang telah menempah.bayangkan berbelas2 tahun tak jumpa...
tapi kerana kek dan facebook...akhirnya kami berjumpa :)
selamat pengantin baru juga pada pasangan
'IJAL dan INTAN' (adik lelaki neny)
semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.