Monday, May 21, 2012

wedding doorgift cupcake SHA & RAHMAN



memang mencabar bila kena siapkan 600 biji cupcake
untuk doorgift majlis perkahwinan dalam keadaan yang tak sihat.
demam...batuk...takde energy.
sekali adun...sekali aku terbaring...flat betul.
tapi tanggungjawab pada customer melebihi segala2nya.
alhamdulillah...semuanya telah selamat dan berjaya disiapkan
mengikut masa yang telah ditetapkan.
tak sempat nak amik gambar lepas packing
sebab pas packing2...terus masuk kotak then hantar ke rumah pengantin.
nasib baik bekas cupcake...reben...sticker sme aku dah siapkan awal2.
kalau tak...memang menangis nak siapkan.hehe.
selain cupcake sha juga menempah kek perkahwinan.
nanti aku update kemudian ye...
thanks bebanyak kat sha dan family sebab ini merupakan
kali kedua mereka memberi kepercayaan kepada Crazy Cake
selepas majlis pertunangan beliau tempoh hari.